Selamat Datang

Selamat datang ke website ‘Jom Bersukan’. Website ini dibangunkan untuk memberi maklumat am mengenai subjek ‘Pendidikan Jasmani’ yang kini diajar di sekolah rendah. Website ini boleh dijadikan rujukan kepada guru, pelajar, ibu bapa serta mana-mana individu yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan subjek ini.

Apa itu Pendidikan Jasmani?

Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang diajar kepada murid-murid sekolah rendah (di Malaysia) yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Pendidikan Kesihatan juga merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif & Matlamat Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?

1. Penglibatan murid secara aktif dan selamat
2. Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
3. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran